Olaf_II_dari_Norway
Olaf_II_dari_Norway

Olaf_II_dari_Norway

Olaf II Haraldsson (Norse kuno Óláfr Haraldsson, 995 – 29 Julai, 1030) adalah raja bagi Norway bermula pada tahun 1015 sehingga 1028, (dikenali pada zaman beliau sebagai "si Besar" (Óláfr Digre) dan selepas kemahkotaan sebagai Santo Olaf atau Olaus). Ibu beliau adalah Åsta Gudbrandsdatter, manakala bapa beliau adalah Harald Grenske, cicit kepada Harald Fairhair. Pada zaman moden di Norway, beliau dikenali sebagai Olav den Hellige ("Olaf si Suci") atau Heilag-Olav ("Olaf Suci") disebabkan status santo beliau.