Oliver Wood (dilakonkan oleh
Sean Biggerstaff dalam filem
Harry Potter and the Sorcerer’s Stone) adalah Kapten Pasukan Quidditch Gryffindor dalam tiga buku pertama, dan keluar dari Hogwarts pada akhir
Harry Potter and the Prisoner of Azkaban. Wood adalah pemain berbakat dan amat meminati Quidditch, disebut-sebut sebagai salah sseorang Keeper terbaik yang pernah dimiliki Gryffindor. Wood memang dilahirkan sebagai pemimpin dan seorang kapten yang cukup tegas pada anak buahnya (tidak pernah menunda latihan Quidditch walaupun hujan lebat, memaksa anggota pasukannya bangun pada pagi-pagi buta untuk latihan, melewatkan waktu antara pelajaran untuk membincangkan taktik permainan dengan pasukanya) dan pernah dimarahi
McGonagall gara-gara mementingkan Piala Quidditch daripada keselamatan Harry ketika Firebolt Harry dicurigai dikenakan sumpahan oleh
Sirius Black dalam
Harry Potter and the Prisoner of Azkaban. Wood mengatakan bahawa dia tidak peduli kalau penyapu itu mejatuhkan Harry asalkan Harry sudah mendapatkan Snitchnya.Musuh besarnya adalah
Marcus Flint, Kapten
Slytherin. Mereka dilihat saling berusaha untuk merenyukkan tangan ketika berjabat tangan sebelum pertandingan.Semasa sekolah, impian terbesar Wood adalah memenangi Piala Quidditch untuk Gryffindor sebelum habis belajar. Sejak Charlie Weasley keluar dari Hogwarts, Gryffindor masih belum lagi memenangi Piala. Setelah Harry masuk ke dalam pasukan, Wood sangat berharap dia dapat merebut Piala tersebut. Namun, pada tahun pertama, Harry tidak dapat mengikuti pertandingan akhir kerana terluka berhadapan dengan
Profesor Quirrell, pada tahun kedua, pertandingan dibatalkan kerana wujudnya serangan di dalam sekolah. Dalam
Harry Potter and the Prisoner of Azkaban, barulah Wood berjaya menjuarai Piala Quidditch. Wood muncul seketika dalam
Harry Potter and the Goblet of Fire; Harry, Ron dan Hermione terserempak dengannya di Perkhemahan Piala Dunia Quidditch. Setelah dengan bersemangat memperkenalkan Harry pada ibu bapanya, Wood mengatakan pada Harry bahawa dia menjadi pemain simpanan Puddlemere United, pasukan Quidditch tertua di England dan Ireland.Setelah tamat sekolah, jawatan Wood sebagai Kapten Gryffindor digantikan oleh
Angelina Johnson dan tahun berikutnya oleh
Harry Potter.Walaupun Wood tidak muncul lagi selepas buku keempat, tapi beberapa kali Fred dan George Weasley ada menyebut tentangnya.Dalam siri buku Harry Potter
ke-7, Oliver Wood telah kembali dalam membantu peperangan diantara Hogwarts dengan
The Death Eaters.