Manuskrip Omar_ibn_Said

Surah Al-Mulk dari Qur'an. yang disalin oleh Omar ibn Said

Omar ibn Said dikenali secara meluas dengan 14 buah manuskrip yang ditulis beliau dalam bahasa Arab. Dari kesemua manuskrip berbahasa Arab beliau itu, beliau paling dikenali dengan esei autobiografi beliau yang ditulis pada 1831.[5] Ia mengisahkan beberapa peristiwa dalam hayat beliau dan membayangkan pegangan beliau yang teguh terhadap Islam dan keterbukaan beliau terhadap orang 'bertakwa' yang lain. Pada zahirnya dokumen itu kelihatan bertoleransi terhadap [[perhambaan], bagaimana pun Omar memulakannya dengan Surah al-Mulk, satu surah daripada al-Quran yang menyatakan bahawa hanya Tuhan sahaja yang mempunyai kekuasaan ke atas manusia.

Kebanyakan daripada karya Omar yang lain yang terdiri daripada manuskrip Islam dalam bahasa Arab, termasuklah sebuah salinan tulisan tangan beberapa surah daripada al-Quran yang kini menjadi sebahagian daripada Koleksi North Carolina di Perpustakaan Wilson di University of North Carolina at Chapel Hill. Bible beliau, sebuah terjemahan ke dalam bahasa Arab yang diterbitkan oleh sebuah persatuan dakyah Kristian, yang mempunyai catatan dalam bahasa Arab oleh Omar, kini menjadi sebahagian daripada koleksi buku nadir di Davidson College.[6] Menulis berdasarkan ingatan, Omar membuat beberapa kesilapan dalam karyanya, terutamanya pada permulaan Surah al-Nasr. Omar juga menulis surat bertarikh 1819 dan ditujukan kepada saudara James Owen, Major John Owen, yang ditulis dalam bahasa Arab dan mengandungi beberapa rujukan al-Quran (termasuklah daripada Surah al-Mulk), yang juga menyertakan beberapa simbol dan bentuk geometri yang menunjukan pada kemungkinan maksud esotorik.[7] Surat ini, yang kini ditempatkan di Andover Theological Seminary, dicetak semula dalam buku Allen Austin, African Muslims in Antebellum America: A Sourcebook.

Rujukan

WikiPedia: Omar_ibn_Said http://library.davidson.edu/archives/ency/omars.as... http://sites.davidson.edu/archives/encyclopedia/om... http://docsouth.unc.edu/highlights/omarsaid.html http://docsouth.unc.edu/nc/omarsaid/bio.html http://docsouth.unc.edu/nc/omarsaid/omarsaid.html http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p345414381 http://isni.org/isni/0000000044762294 http://www.lancs.ac.uk/jais/volume/docs/vol5/5_hun... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb166337667