Biografi Omar_ibn_Said

Omar ibn Said dilahirkan di Futa Tooro,[1] sebuah kawasan sepanjang pertengahan Sungai Senegal di Afrika Barat, dalam sebuah keluarga yang kaya.[2] Beliau adalah seorang ilmuwan Islam dan berbangsa Fula yang menghabiskan masa selama 25 tahun belajar dengan beberapa ulama terkemuka, mempelajari subjek-subjek dari arithmetik hingga teologi di Afrika. Pada tahun 1807, beliau ditawan dalam satu konflik ketenteraan, lalu dijadikan hamba dan diangkut merentasi Lautan Atlantik ke Amerika Syarikat. Beliau melarikan diri daripada seorang tuan yang zalim di Charleston, South Carolina, dan berkelana hingga ke Fayetteville, North Carolina. Di sana beliau ditangkap semula dan kemudiannya dijual pada James Owen. Omar hidup sehingga pertengahan usia 90 tahun dan masih berstatus hamba pada waktu kematiannya pada tahun 1864. Beliau dikebumikan di Bladen County, North Carolina. Omar ibn Said juga dikenali sebagai Uncle Moreau dan Prince Omeroh.[1]

Walaupun Omar memeluk agama Kristian pada 3 Disember 1820, ramai sarjana moden percaya bahawa beliau berterusan mengamalkan ajaran Islam, berdasarkan selawat kepada Nabi Muhammad yang ditulis dalam Biblenya, dan sekeping kad bertarikh 1857 yang mengandungi tulisan Surah al-Nasr, surah pendek yang menceritakan kemasukan orang bukan Islam ke dalam agama Islam 'secara beramai-ramai'. Di belakang kad ini terdapat tulisan tangan orang lain dalam bahasa Inggeris yang menyalahanggap surah itu sebagai Doa Tuhan dan mengakui status Omar sebagai seorang penganut Kristian yang baik.[3] Di samping itu, ketika pihak lain yang menulis bagi pihak Omar mengesahkan beliau sebagai seorang Kristian, autobiografi beliau sendiri dan beberapa penulisan lain memberikan lebih banyak kedudukan yang samar. Dalam autobiografi itu, beliau masih berselawat kepada Nabi Muhammad ketika menceritakan kehidupan beliau di negaranya sendiri; rujukan beliau pada "Isa al-Masih" pada hakikatnya selari dengan pemerian al-Quran tentang Jesus (dengan المسيح 'si Messiah' sebanyak 11 kali dalam al-Quran), dan pemerian Jesus dengan 'penghulu kami' (سيدنا) mengguna kata hormat Islam yang lazim terhadap para rasul dan tidak patut dikelirukan dengan Tuhan (ربّ); dan pemerian Jesus dengan 'membawa rahmat dan kebenaran' (satu rujukan pada John 1:14) adalah selayaknya sesuai dengan konsep Jesus dalam Islam. Melihatkan keaadaan perhambaan Omar "di kalangan orang Kristian" dan kemungkinan melobi bagi kemerdekaan beliau yang hanya ddapat diperolehi menerusi kemasukan ke dalam agama Kristian, pertukaran agamanya boleh dihujahkan dilakukan dalam keadaan dures. Pada tahun 1991, sebuah masjid di Fayetteville, North Carolina dinamakan semula sebagai Masjid Omar Ibn Said sebagai penghormatan bagi beliau.[4]

Rujukan

WikiPedia: Omar_ibn_Said http://library.davidson.edu/archives/ency/omars.as... http://sites.davidson.edu/archives/encyclopedia/om... http://docsouth.unc.edu/highlights/omarsaid.html http://docsouth.unc.edu/nc/omarsaid/bio.html http://docsouth.unc.edu/nc/omarsaid/omarsaid.html http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p345414381 http://isni.org/isni/0000000044762294 http://www.lancs.ac.uk/jais/volume/docs/vol5/5_hun... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb166337667