One_Nation_Emcees

One Nation Emcees (ONE) ialah sebuah kumpulan hip hop Malaysia yang ditubuhkan pada 2008. Pada tahun 2008, kumpulan ini menjadi juara rancangan realiti Gang Starz. Ahli asal kumpulan ini terdiri daripada; Shamimi Amalina "Mimi" Norhisham, Mohamed Fareezan "Kozae" Mohamed Murtaza, Mohd. Norzaidi "Zydee" Edris and Nur Hasan "Jojoe" Baias.[1] Kemudiannya, Zydee digantikan oleh Sabhi Saddi yang juga ahli asal ONE.[2] Mereka kembali membuat kemunculan semula dengan menyertai Gegar Vaganza musim keenam pada tahun 2019. Mereka dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima dalam program tersebut. [3] Namun dua minggu selepas selesai program Gegar Vaganza 6, Mimi Fly mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan ini disebabkan beliau ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada karier solonya selepas ini. [4]Album pertama kumpulan dilancarkan pada 2010 dengan lagu "Raja Gelek", "Dendangkan", "Apa Ku Kisah" dan "Syukur (Kau yang Satu)" dikeluarkan sebagai single.