Onikektomi
Onikektomi

Onikektomi

Onikektomi, atau penyahcakaran (Bahasa Inggeris: declawing), ialah satu pembedahan untuk membuang cakar haiwan secara pembedahan dengan cara amputasi bagi semua atau sebahagian falanks-falanks distal, atau tulang-tulang hujung, pada jari kaki haiwan. Oleh sebab cakar berkembang daripada tisu germa di dalam falanks ketiga, amputasi tulang berkenaan adalah penting untuk sepenuhnya menanggalkan cakar. Istilah "onikektomi" (daripada kata Yunani: ὄνυξ onycho, "kuku" + ἐκτομή ektome, "eksisi") dan "penyahcakaran" hanya memaksudkan pembuangan cakar, tetapi perihalan lebih betul ialah falangektomi,[1] iaitu eksisi tulang jari kaki.Sungguhpun kerap di Amerika Utara,[2] penyahcakaran dianggap sebagai tindakan kekejaman haiwan di banyak negara.

Berkaitan