Opera_Jawa_(filem)

Opera Jawa ialah sebuah filem muzikal Indonesia-Austria 2006 arahan Garin Nugroho. Ia berlatarbelakangkan opera melalui muzik dan tarian tradisional Jawa. Filem ini mengambil kisah penculikan Dewi Sinta dari Hikayat Seri Rama.Filem ini telah dibiayai oleh New Crowned Hope Festival sempena ulangtahun ke-250 kelahiran Wolfgang Amadeus Mozart. Disamping pimpinan muzik oleh Rahayu Supanggah, filem ini juga memaparkan seni instalasi dan rekaan produksi Nanang Rachmat.