Orang Belanda (
bahasa Belanda: Nederlanders; terjemahan harfiah: 'penduduk tanah pamah') ialah sebuah
kelompok etnik yang merupakan sebahagian besar penduduk di
Belanda (13 juta pada tahun
2006).
[15] Secara sejarah, orang Belanda tinggal terutamanya di
Negeri-negeri Pamah dan
Perancis Utara, tetapi sejak dari
abad ke-12, mereka telah
berhijrah ke seluruh dunia.
[16]Orang Belanda terutamanya berketurunan daripada berbagai-bagai
puak Germanik,
[17] [18] dan menuturkan
bahasa Belanda, sejenis
bahasa Germanik.
[19]Kawasan yang kini dikenali sebagai Belanda telah dihuni secara tetap sejak dari
Zaman Neolitik lagi. Orang Belanda berketurunan khususnya daripada
kaum Frank kuno.
[20] Mereka agak tidak dikenali ketika bekas
Belanda Burgundy, atas alasan
politik,
agama, dan
kebudayaan, memberontak terhadap
Sepanyol Habsburg, negara yang paling kuat di
Eropah ketika itu dalam apa yang kemudian menjadi
perjuangan untuk kemerdekaan yang berlangsung selama lapan puluh tahun (
1568-
1648). Orang Belanda muncul daripada perang itu dengan kemenangan dan mengasaskan
Republik Belanda, negara Belanda merdeka yang pertama dalam sejarah. Negara ini kemudian menjadi salah satu
Kuasa Agung di Eropah dan bersaing untuk kekuasaan
tentera laut selama hampir seabad.Semasa
Zaman Imperialisme,
Empayar Belanda menguasai 3.7 juta km² permukaan bumi dan mempunyai jumlah penduduk sebanyak 80 juta orang pada tahun
1940.
[21] (Jumlah penduduk dunia ketika itu adalah 2.3
bilion orang.)Pada hari ini, orang Belanda dan keturunan-keturunannya boleh ditemukan di seluruh dunia, khususnya di
Eropah, benua
Amerika,
Afrika Selatan, dan
Oceania. Komuniti-komuniti mereka berbeza-beza antara komuniti terasimiliasi dan komuniti terasing.