Orang_Afrika_di_Malaysia

Orang Afrika di Malaysia atau orang Afrika Malaysia, merupakan orang keturunan Afrika penuh atau separa yang dilahirkan atau berhijrah ke Malaysia. Imigrasi berskala besar dan tidak terkawal dari Afrika ke Malaysia hanyalah fenomena baru-baru ini, dengan Eropah dan seluruh Asia secara tradisinya menjadi sumber penghijrahan terbesar ke Malaysia.Orang Afrika di Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik, budaya, bahasa, agama, dan sosioekonomi. Majoriti orang Afrika di Malaysia berasal dari Nigeria.[perlu rujukan] Kebanyakan asalnya datang menyamar sebagai pelajar, ahli perniagaan dan pelancong, tetapi sebahagian besarnya melebihi tempoh visa mereka dan akhirnya menjadi penduduk haram di Malaysia.[2][3][tiada dalam ayat yang diberikan] Imigresen orang Afrika ke Malaysia dan negara Asia yang lain telah menjadi semakin biasa disebabkan oleh sekatan yang lebih ketat terhadap imigresen di Eropah.[1]Pada 2012, kira-kira 79,352 orang Afrika memasuki Malaysia secara sah. Mereka telah dikeluarkan dengan sejumlah 25,467 visa pelajar.[1][2]Terdapat sebilangan besar penduduk campuran Malaysia-Afrika. Antara yang paling ketara, Aya Amiruddin seorang Influencer Tiktok.[perlu rujukan]