Nota Orang_Belanda_Hitam

  1. Kesamaan status dan syarat perkhidmatan dengan orang Eropah memang dijanji dan dilaksanakan Belanda, akan tetapi janji kesamaan ini juga menjadi pendorong kepada beberapa siri pemberontakan oleh tentera Afrika. Satu contoh ialah dahagi berpunca daripada pertukaran tilam kepada tikar. Tentera Afrika berasa mereka tidak diberi kesamaan dengan tentera Eropah yang masih menggunakan tilam sebagai pengalas tempat tidur.
  2. Belanda, seperti kuasa-kuasa kolonial lain, sengaja membuat stratifikasi ini agar orang Afrika berasa asing daripada orang peribumi dan tidak akan bersimpati dengan mereka sekiranya orang peribumi menentang orang Eropah.
  3. Asal, "they were honest men; no traces of thievery had been reported. They were mostly strong, muscled, indefatigable and very adapted to the tropical climate. During military expeditions they demonstrated bravery and fearlessness, even more so than the Europeans."
  4. Mengikut Ineke van Kessel, sama seperti anggota tentera KNIL yang lain, tentera Afrika menjalinkan hubungan dengan wanita tempatan. Waris-waris mereka bertutur dalam bahasa Belanda, menganut agama Kristian dan mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Belanda. Lama-kelamaan mereka menjadi sebahagian masyarakat Indo-Eropah.
  5. Hermans merupakan orang yang terawal sampai di Hindia Timur, pada tahun 1832. Beliau maju dalam kerjayanya dan dinaikkan pangkat sarjan dua tahun kemudian. Gajinya sama dengan sarjan Eropah, tetapi beliau menerima setengah gaji leftenan Eropah—sama dengan leftenan Ambon—apabila dinaikkan pangkat. Hermans tidak puas hati dan membuat aduan berkali-kali tentang hal ini. Pihak atasannya tidak berganjak dan akhirnya beliau diberhentikan daripada perkhidmatan ekoran sikapnya yang tidak henti-henti menuntut hak kesamaan.

Rujukan

WikiPedia: Orang_Belanda_Hitam http://epress.lib.uts.edu.au/journals/index.php/Tf... http://books.google.com/books?id=zWoMfgmS8WkC http://media.kompasiana.com/ http://media.kompasiana.com/buku/2012/01/31/sejara... http://books.google.co.id/books?ei=eoIZVObzBsTJuAT... http://books.google.co.id/books?ei=j6pHVN6aLcyxuQS... http://books.google.co.id/books?ei=uEcpVPemNoqKuAT... http://books.google.co.id/books?id=N4_on188WJwC&pg... http://books.google.co.id/books?id=b_K2AAAAIAAJ&q=... http://books.google.co.id/books?id=fr4hAQAAIAAJ&q=...