Definisi Orang_Mongol

Satu takrifan yang terperinci bagi "Mongol" merangkumi golongan Mongol sebenar (yang menggelar diri mereka Monggol), yang boleh dibahagi kepada orang Mongol timur dan barat. Tetapi dalam erti yang lebih luas, orang Mongol termasuk semua orang yang bertutur dalam suatu bahasa Mongolik, seperti golongan Kalmyk di Eropah Timur.

Nama Monggol yang terawal pernah dijumpai terdapat dalam catatan dinasti Tang China abad ke-8, tetapi sejak itu timbul lagi selepas tiga abad ketika pemerintahan Khitan.[1] Mula-mulanya "Mongol" memaksudkan beberapa puak kecil yang tertumpu di kawasan Sungai Onon. Pada abad ke-13, takrifan itu berkembang menjadi istilah sepunya untuk sekelompok besar puak-puak Mongolik dan Turkic yang bersatu di bawah pemerintahan Genghis Khan.

Asal-usul terperinci mengenai bahasa-bahasa Mongolik dan puak-puak berkenaan amat samar-samar. Beberapa orang penyelidik percaya bahawa mereka berkembang daripada sebuah kumpulan serpihan Tungusik; yang lain percaya bahawa adanya perngaruh Paleosiberia.[1]