Sejarah Orbit

Isaac Newton menunjukkan bahawa hukum gerakan planet Kepler atau hukum Kepler dapat di turunkan dari teori graviti. Pada umumnya, gerakan sesuatu benda dalam lingkungan pengaruh graviti merupakan lintasan yang berbentuk hirisan kerucut. Newton kemudian menunjukkan bahawa sepasang benda akan saling mengitari dengan jarak yang berbanding terbalik dengan jisimnya dan sekitar titik pusat jisim gabungan dari kedua benda tadi. Bila salah satu benda jauh lebih besar jisim dari yang satu kagi, maka titik pusat jisim nya akan mendekati titik pusat jisim benda yang lebih besar tadi.