Oskar_Kummetz
Oskar_Kummetz

Oskar_Kummetz

Perang Dunia IIOskar Kummetz (21 Julai 1891 – 17 Disember 1980) adalah seorang Laksamana Jerman dalam Kriegsmarine semasa Perang Dunia II. Beliau telah berkhidmat dalam Kaiserliche Marine semasa Perang Dunia I. Kummetz telah dikurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross kerana pencapaiannya dalam Pertempuran Selat Drøbak, dimana kapal pemerintahnya, iaitu Blücher telah ditembak di superstruktur oleh dua peluru meriam 28 cm dari kubu Oscarsborg Norway, peluru meriam 15 cm dari kubu Kopås dan bedilan meriam 5,7 cm dari kubu Husvik. Dari Kaholmen Blücher telah diserang oleh 2 torpedo dan ia tenggelam 84 meter dibawah selat itu. Bersama dengan ratusan orang yang terselamat, termasuk Generalmajor Erwin Engelbrecht, Kummetz telah ditahan oleh pengawal diraja Norway di sebuah ladang berdekatan Drøbak pada 9 April, sebelum mereka ditinggalkan oleh pengawal itu.[1]Pemerintahan yang seterusnya, Admiral Hipper gagal menyerang konvoi British semasa Pertempuran Laut Barents, dan Hipper telah dirosakkan oleh kruiser British, manakala kapal pengiringnya, Z16 Friedrich Eckoldt telah karam bersama semua anak kapalnya oleh HMS Sheffield (C24).Oskar Kummetz meninggal dunia pada 17 Disember 1980 pada usia 89 tahun. Pada masa kematiannya, beliau adalah Generaladmiral Kriegsmarine yang terakhir.

Oskar_Kummetz

Pangkat Generaladmiral
Anugerah Knight Cross of the Iron Cross
Tahun perkhidmatan 1910–45
Unit SMS Victoria Louise
SMS Helgoland
SMS Posen
Kesetiaan  Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
Pertempuran Perang Dunia I

Perang Dunia II

Meninggal dunia 17 Disember 1980(1980-12-17) (umur 89)
Arahan Kampfgruppe "Oslo"
Kelahiran (1891-07-21)21 Julai 1891
Perkhidmatan  Kaiserliche Marine
 Reichsmarine
 Kriegsmarine