Oxford University Press

Oxford University Press (OUP) ("Percetakan Universiti Oxford") ialah percetakan universiti yang terbesar di dunia,[1] dan yang kedua tertua selepas percetakan Universiti Cambridge. Percetakan ini merupakan sebuah departmen University of Oxford dan dikawal selia oleh sekumpualn 15 orang ahli akademik yang dilantik oleh Naib-Canselor. Kumpulan ini dikenali sebagai Delegates of the Press ("Delegasi Percetakan"). Mereka diketuai Secretary to the Delegates, yang bertindak sebagai ketua eksekutif OUP dan wakil OUP di dalam badan-badan universiti. Universiti Oxford menggunakan sistem yang sama untuk mengawal selia Percetakan yang mula-mula digunakan dalam abad ke-17.[2]