Oxford
Oxford

Oxford


Oxford ialah bandar raya dan bandar kaunti di Oxfordshire, England Tenggara. Bandar raya ini mempunyai jumlah penduduk sekitar 165,000 orang, dengan 151,000 orang tinggal di dalam sempadan daerah. Sungai Cherwell dan Sungai Thames mengalir merentasi Oxford dan bertemu di sebelah selatan pusat bandar raya. Pada bahagian di sekitar Oxford sepanjang 10 batu (16 km), Sungai Thames dikenali sebagai The Isis.Bangunan di Oxford menonjolkan contoh bagi setiap zaman seni bina British sejak ketibaan orang Saxon, termasuk bangunan Radcliffe Camera pertengahan abad ke-18 yang ikonik. University of Oxford ialah universiti yang tertua di dunia berbahasa Inggeris. Oxford dikenali sebagai "bandar raya puncak menara impian", satu ungkapan yang dicipta oleh pemuisi Matthew Arnold sebagai rujukan kepada seni bina bangunan universiti Oxford yang berharmoni. Pada 6 Mei 1954, Roger Bannister, seorang pelajar perubatan yang ketika itu berumur 25 tahun, berlari batu empat minit pertama yang disahkan di balapan Jalan Iffley, Oxford.


Oxford

Kod ONS 38UC
Zon waktu UTC0 (GMT)
ISO 3166-2 GB-OXF
• Ahli Parlimen Evan Harris (LD)
Andrew Smith (L)
Negara juzuk England
• Eksekutif - Ketual Majlis Buruh (pentadbiran minoriti)
Cllr Bob Price
Pusat pentadbiran Pusat Bandaraya Oxford
• Kepadatan 8,500/batu persegi (3,270/km2)
• Lord Mayor - Timbalan Lord Mayor Cllr Mary Clarkson (2009-2010)
Cllr John Goddard (2009-2010)
Rujukan grid OS SP513061
Laman web www.oxford.gov.uk
Kod kawasan 01865
• Jumlah 153,900 (Ditempatkan ke-117 antara 326)
Poskod
Negara berdaulat United Kingdom
• Badan pemerintahan Majlis Bandaraya Oxford
Wilayah England Tenggara
• Syerif Oxford - Lord Lieutenant dari Oxfordshire Cllr Elise Benjamin (2009-2010)
Tim Stevenson OBE (2009-
Diasaster Abad ke-8
• Musim panas (DST) UTC+1 (BST)
• Jenis Bandar raya
• Keetnikan(Anggaran 2005) 73.0% Orang British Putih
9.1% Orang Putih lain ((kategori keetnikan United Kingdom)
5.7% Asia Selatan
3.0% Hitam
2.9% Cina
2.7% Ras kacuk
1.9% Lain-lain
1.8% Ireland Putih
Status bandar raya 1542