Sejarah Oxford

Rencana utama: Sejarah Oxford

Oxford diduduki buat pertama kali sewaktu zaman Saxon dan pada asalnya dikenali sebagai "Oxenaforda" yang membawa pengertian, "Harungan Lembu Jantan". Harungan adalah amat sangat penting pada zaman sebelum pembinaan jambatan.[1] Pengasasan biara St Frideswide pada abad ke-8 kemudian memulakan kota di kawasan ini. Oxford menerima piagamnya daripada Raja Henry II pada 1191, dengan piagam itu memberikan penduduk Oxford hak dan pengecualian yang sama dengan penduduk di ibu kota kerajaan. Persidangan parlimen seringnya diadakan di bandar itu pada abad ke-13. Peruntukan Oxford kemudian diasaskan oleh segolongan baron yang diketuai oleh Simon de Montfort, dengan dokumen itu biasanya dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di England. University of Oxford disebut buat pertama kali dalam rekod abad ke-12. Pada 1790, Terusan Oxford dibina untuk menghubungkait kota Oxford dengan Coventry.

Menjelang abad ke-20, Oxford mengalami pertumbuhan perindustrian dan jumlah penduduk yang pesat, dengan industri percetakan dan penerbitan menjadi mapan menjelang dekad 1920-an. Juga pada dekad itu, ekonomi dan masyarakat Oxford melalui satu perubahan yang besar apabila William Morris mengasaskan Morris Motor Company untuk mengeluarkan kereta secara besar-besaran di Cowley di pinggir tenggara Oxford.

Pada awal 1970-an, Oxford telah menjadi sebuah bandar raya yang terdiri daripada dua belah:

Ini telah menyebabkan ungkapan jenaka pintar bahawa "Oxford ialah tebing kanan Cowley". Sesungguhnya, Cowley kemudian mengalami banyak kehilangan kerja pada 1980-an dan 1990-an, akibat kemerosotan British Leyland, tetapi ia kini mengeluarkan MINI Baharu yang berjaya untuk BMW di tapak yang lebih kecil. Sekawasan besar kemudahan pengilangan kereta yang asal di Cowley telah dirobohkan pada 1990-an dan kini menjadi tapak untuk Taman Perniagaan Oxford.[2]

Oxford kini menampilkan wajah kosmopolitan yang terkenal, hasil daripada:

khususnya di kawasan Headington dan Cowley Road yang memiliki banyak bar, kafe, restoran, kelab, kedai etnik, dan kedai makanan segera. Oxford ialah salah satu bandar raya di Britain yang menonjolkan paling banyak kepelbagaiaan, dengan anggaran jumlah penduduk yang paling terkini (2005) [3] menunjukkan bahawa 27% daripada penduduknya berasal daripada golongan minoriti etnik, termasuk 16.2% daripada golongan minoriti etnik bukan kulit putih (ONS).