Sejarah PSV_Eindhoven

Era Philips Elftal

Pada tahun 1910, syarikat Philips ingin mewujudkan lebih banyak masa berkualiti kepada para pekerjanya. Maka, 8 orang perunding syarikat janakuasa menubuhkan Philips Elftal atau Pasukan Philips. Kelab tersebut ditubuhkan dengan hasrat untuk menyaingi pasukan-pasukan bola sepak lain di Belanda. Dalam perlawanan pertama pada musim bunga 1911, pasukan Elftal berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan 4-0. Kemudian, beberapa siri perlawanan bersama pasukan setempat, EVV Eindhoven turut diadakan. Mereka juga mengadakan perlawanan bersama pasukan dari Hasselt, Horn dan Mönchengladbach. Namun, akibat mogok pekerja pada 1912, kelab Elftal terpaksa dibubarkan.[2]