Kerjaya Paimuzi_Yahya

Beliau mula berkhidmat di dalam sektor awam pada tahun 1986 sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. Berpengalaman berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan selama 34 tahun. Beliau juga berpengalaman luas dalam Pengurusan Hal Ehwal Islam sejak zaman BAHEIS. Selama lebih tiga dekad di dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan telah memegang beberapa portfolio penting sepanjang kerjayanya. Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah Pengarah di beberapa bahagian di JAKIM iaitu Pengarah JAKIM Sabah pada tahun 2005, Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) tahun 2008, Pengarah Darul Quran tahun 2010 dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tahun 2013 merangkap Setiausaha MAIWP.

Pada 05 Oktober 2016, beliau dilantik sebagai Timbalan ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM. Kemudian pada 01 Mei 2017 beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Pada 01 April 2018, beliau menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) (JUSA B) JAKIM. Dengan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam Pentadbiran Hal Ehwal Islam, diharap JAKIM akan terus memacu kecemerlangan dan urusan Pentadbiran Islam di Malaysia. Pada 13 Januari 2020 beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah JAKIM menggantikan Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim yang telah bersara.