Sumbangan Paimuzi_Yahya

Beliau pernah menjadi menjadi Yang diPertua Persatuan Perkhidmatan Perkhidmatan Ugama, JPM selama 4 tahun (2015-2019) dan melaksana pelbagai program dakwah dan kebajikan termasuk Ibadah Qurban tahunan di Kemboja dan Vietnam. Ahli Jawatankuasa Task Force (Pasukan Khas) Tadbir Urus Agensi Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri. Berpengalaman sebagai panel semakan penyediaan Teks Khutbah Jumaat, Pengurusan KAFA dan Takmir Masjid. Timbalan Pengerusi Hakim Majlis Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan dan Timbalan Pengerusi Hakim Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Pernah menyampaikan kursus pra perkahwinan di luar negara iaitu di Amerika Syarikat, Paris, Australia, Jordan dan Indonesia dan pernah membentang kertas kerja bertajuk “Melebar Risalah Menyantuni Ummah” di Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) MABIMS Kali ke-43 di Brunei Darussalam.

Dilantik ketua Panel Temuduga Calon Penerima Biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) di Acheh dan ketua Panel Temuduga Pemilihan Atase Mesir. Menjadi Pengerusi JK Pemilihan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 1441H/2019M. Pernah menguruskan pembinaan Sekolah Ar Rahman dan Nurul Hidayah di Phnom Penh dan Tboung Khmum, Kemboja melalui Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) dan menguruskan pembinaan perkampungan RAHMAH di Palu, Indonesia untuk mangsa tsunami.

Sumbangan lain

  1. Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Emas 50 Tahun Masjid Negara
  2. Ahli Jawatankuasa Induk Dakwah NegaraAhli Jawatankuasa Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa
  3. Ahli Jawatankuasa Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan
  4. Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan
  5. Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Mengajar Wilayah Persekutuan
  6. Ahli Jawatankuasa Pembangunan Masjid Negara
  7. Ahli bagi Task-Force Kajian Penambahbaikan Pengurusan Hal Ehwal Islam Malaysia
  8. Ahli  Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Agama Jabatan Perdana Menteri
  9. Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan
  10. Ahli Jawatankuasa Tahfiz Negeri Selangor
  11. Naib Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor
  12. Timbalan Pengerusi Lembaga Darul Quran, JAKIM
  13. Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Akademik Darul Quran, JAKIM
  14. Ahli Lembaga Institut Kemahiran Malaysia Sarawak (IKMAS), JAKIM
  15. Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Akademik Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), JAKIM
  16. Ahli Lembaga Pengarah LPPKN