Jenis Pajeon

Pajeon makanan laut

Di Korea, pajeon makanan laut dipanggil haemul pajeon (해물파전). Pelbagai makanan laut digunakan dalam adunan dan topping, contohnya tiram, udang, sotong, kima.[2]

Dongnae pajeon

Dongnae pajeon

Dongnae pajeon dinamakan sempena Dongnaesung (동래성), bekas kubu dalam Dinasti Joseon dan kini sebuah daerah di kota Busan. Dongnae adalah medan pertempuran yang terkenal semasa Perang Imjin[3] dan legenda mengatakan rakyat Dongnae melemparkan bawang hijau ketika mengalahkan tentera Jepun yang sedang menyerang. Dongnae pajeon telah dibuat bagi meraikan kemenangan.[4]

Hidangan ini juga telah dipersembahkan di meja raja, menjadi popular apabila pasar Dongnae berkembang semasa era Joseon.[5]

Dongnae pajeon biasanya diperbuat daripada adunan tepung beras, tepung pulut, telur, dan gochujang. Daun bawang lembut, daging lembu, kerang, kupang, tiram, udang dan makanan laut yang lain juga ditambah.[5]