Pakaian_separuh_formal

Pakaian separuh formal atau half dress ("separuh lengkap") ialah kategori kod berpakaian Barat yang menunjukkan jenis baju yang dipakai pada sebarang acara dengan level formaliti antara pakaian tidak formal dan pakaian formal. Dalam era moden,[bila?] tafsiran tipikal bagi lelaki ialah black tie untuk pakaian malam dan sut lounge hitam untuk pakaian siang, bersamaan dengan sut seluar atau gaun malam bagi wanita.[1][2]Samada seseorang akan memilih untuk memakai separa formal pagi atau petang akan ditentukan secara tradisinya oleh acara itu yang bermula sebelum atau selepas 6:00 p.m.Selain itu, versi yang setara mungkin dibenarkan seperti pakaian istiadat (termasuk pakaian mahkamah, pakaian seragam diplomatik dan pakaian akademik), baju keagamaan, dan baju kebangsaan, dan pakaian mess tentera.