Sut lounge hitam (
UK),
stroller (
A.S.), atau
Stresemann (
Benua Eropah), ialah
pakaian siang semi-formal lelaki yang mengantarai
pakaian pagi formal dan
sut urusan tidak formal; terdiri daripada
seluar formal berjalur kelabu atau berkotak, tetapi dibezakan oleh
jaket lounge labuh, single- atau double-breasted berwarna hitam,
biru gelap atau kelabu.
[1] Ia hampir sama dengan pakaian formal pagi yang mana ia berasal, hanya menukar
kot pagi dengan jaket sut, namun dengan pilihan yang setara, seperti
tali leher atau
bow tie untuk
leher,
weskot (biasanya hitam, kelabu, atau
kuning pucat),
kemeja ber
manset daripada jenis pilihan
kolar, dan
kasut rasmi atau
but rasmi hitam. Topi yang betul ialah semi-formal
topi Homburg,
topi bowler, atau
boater. Sama seperti pakaian pagi formal yang dianggap sepadan dengan persalinan malam formal
kot rasmi iaitu
white tie, jadi baju stroller dianggap semi-formal yang sepadan dengan jaket makan malam semi-formal, iaitu
black tie (juga dipanggil
tuksedo). Tidak seperti kod pakaian lain, tiada persamaan yang jelas untuk wanita, walaupun pakaian pagi biasa dan
pakaian koktel telah dikenal pasti sebagai alternatif.Memakai sut lounge hitam melalui cara tradisional dengan seluar formal tidak lagi digunakan selepas
kontra-kebudayaan pada 1960an, walaupun amalannya sekali-sekala masih diikuti sejak itu.Bagi
pakaian pagi semi-formal untuk majlis
nikah ,
pengantin lelaki boleh berpakaian jaket sut berwarna kelabu gelap berserta weskot warna kelabu merpati atau kuning pucat dan secara pilihan
tali leher. Bagi pakaian siang semi formal untuk
upacara pengebumian, orang yang berkabung boleh memakai jaket hitam dan weskot yang sesuai dengan tali leher hitam.