Pamfir

Pamfir (Bahasa Ukraine: Полёты во сне и наяву) ialah sebuah filem cereka fiksyen Ukraine yang diarahkan oleh Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk. Filem ini telah ditayangkan buat pertama kali pada 22 Mei 2022 di Festival Filem Cannes yang ke-75[1], termasuk dalam senarai Directors' Fortnight ke-54. Filem ini juga mula diedarkan di pasaran domestik Ukraine sejak 23 Mac 2023. Filem ini juga bakal ditambah menerusi servis penstriman Netflix bermula 22 Jun 2024. Filem ini berjaya merangkul anugerah utama menerusi Festival Filem Antarabangsa Cairo dan Festival Filem Antarabangsa Kyiv "Molodist" dan banyak mengambil bahagian dalam kebanyakkan festival filem antarabangsa yang lain. Pamfir tersenarai sebagai filem terbaik untuk tahun 2023 oleh The Guardian.Penggambaran filem Pamfir dilakukan sebelum bermulanya Perang Rusia-Ukraine, di mana filem ini menjadi salah satu daripada espresi artistik terpenting yang menggambarkan keadaan Ukraine yang lebih kontemporari - "tiupan semangat tidak berputus asa dan keinginan untuk terus mengecapi kehidupan".

Pamfir

Bahasa Bahasa Ukraine
Lakon layar Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk
Pengarah Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk
Tarikh tayangan 2022
Masa tayangan 102 minit
Negara Ukraine
Poland
Perancis
Luxembourg
Penulis Dmytro Sukholytkyy-Sobchuk
Dibintangi Oleksandr Yatsentyuk
Stanislav Potiak
Solomiia Kyrylova

Rujukan

WikiPedia: Pamfir https://gwaramedia.com/en/pamfir-by-ukrainian-film... https://lwlies.com/reviews/pamfir/ https://www.screendaily.com/reviews/pamfir-cannes-... https://www.lemonde.fr/en/culture/article/2022/11/... https://www.ewawomen.com/interviews/ewa-mentoring-... https://www.screendaily.com/news/pamfir-lola-added... https://en.kyiv24.news/news/the-ukrainian-film-pam... https://usfa.gov.ua/press-center/mayemo-shhe-odyn-... https://www.ukrinform.ua/rubric-culture/3214727-za... https://www.youtube.com/watch?v=0bcma0e_0YA