Pandemik_COVID-19_di_Bosnia_dan_Herzegovina
Pandemik_COVID-19_di_Bosnia_dan_Herzegovina

Pandemik_COVID-19_di_Bosnia_dan_Herzegovina

Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak ke Bosnia dan Herzegovina pada 5 Mac 2020 dengan kes pertama di Banja Luka, dimana seseorang telah berada di Itali semasa pandemik COVID-19 yang kemudian disahkan positif. Kemudian pada hari yang sama, kes kedua yang merupakan anak kepada kes pertama.[1] Pada 21 Mac, kematian pertama di negara ini akibat dari COVID-19 diumumkan di sebuah hospital di Bihać. Pesakit adalah seorang wanita tua yang telah dimasukkan ke hospital dua hari sebelum itu.[2]Sehingga 6 April 2020, di Bosnia dan Herzegovina terdapat 686 kes COVID-19 yang disahkan, di mana 304 daripadanya adalah di Republika Srpska,[3][4] 368 di Persekutuan Bosnia dan Herzegovina,[5][6] dan 14 di Daerah Brčko.[7]Pada 17 Mac 2020, Majlis Menteri Bosnia dan Herzegovina mengisytiharkan darurat di seluruh Bosnia dan Herzegovina.[8]

Rujukan

WikiPedia: Pandemik_COVID-19_di_Bosnia_dan_Herzegovina http://fena.ba/article/1140956/the-fourth-case-of-... http://www.fena.ba/article/1139729/the-first-case-... http://www.msb.gov.ba/vijesti/saopstenja/default.a... http://www.vijeceministara.gov.ba/saopstenja/sjedn... http://www.astroawani.com/video-dunia/bosnia-sahka... http://ba.n1info.com/English/NEWS/a414110/Bosnia-c... http://ba.n1info.com/English/NEWS/a418117/Bosnia-w... http://ba.n1info.com/Vijesti/a416779/Dvije-osobe-u... http://www.vlada.bdcentral.net/Publication/NewsCat... https://avaz.ba/vijesti/bih/552158/muskarac-iz-tom...