Kontroversi Pandemik_COVID-19_di_Malaysia

Pelancong China enggan kuarantin

Pada petang 24 Januari, sepasang pelancong China membawa anak mereka yang berusia 2 tahun ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan. Setelah itu, hospital mendapati bahawa anak mereka mempunyai gejala koronavirus. Pihak hospital memerlukan anak pasangan itu dihantar ke wad pengasingan di Hospital Permai untuk pemeriksaan lanjut. Pasangan itu pada mulanya pergi ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan, tetapi pihak hospital menasihati mereka untuk pergi ke hospital pusat. Walau bagaimanapun, apabila pasangan itu mengetahui bahawa anak mereka perlu dikuarantin, mereka menolak permintaan doktor kerana ingin kembali ke Guangzhou pada keesokan harinya. Doktor yang menguruskan kes tersebut melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Mereka kemudiannya ditahan oleh polis di lapangan terbang pada 25 Januari dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk tindakan selanjutnya. Pasangan tersebut juga dibawa ke hospital untuk pengasingan.[155][156]

Topeng muka tidak mencukupi

Notis menunjukkan topeng muka kehabisan stok di salah satu farmasi di Malaysia

Sejak kes virus yang disyaki muncul di Bintulu, Sarawak, farmasi di negeri itu telah mula kehabisan topeng muka, penyembur pembasmian kuman, pembersih tangan, gel mandi dan produk lain.[157] Beberapa kawasan lain juga menghadapi gangguan bekalan topeng muka.[158][159] Berikutan kejadian ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan bahawa kementerian itu memberi perhatian terhadap kekurangan bekalan topeng[160] dan memberi amaran kepada peniaga untuk tidak menaikkan harga topeng muka sementara kekurangan bekalan, jika tidak, mereka akan dikompaun oleh kementerian.[161] Sesetengah farmasi seperti Caring Pharmacy menasihati pelanggan untuk tidak membeli topeng muka dalam kuantiti yang banyak pada masa yang sama dengan mengambil kira keperluan pelanggan lain. Farmasi itu hanya menetapkan bahawa pelanggan hanya boleh membeli maksimum 1 kotak topeng pada satu masa.[162]

Pada 10 Februari, sebanyak 17 peniaga di Selangor telah dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna kerana menaikkan harga topeng.[163]

Masjid tolak lawatan pelancong bukan Islam

Pada 26 Januari, dua masjid di Putrajaya iaitu Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Masjid Wilayah Persekutuan mengumumkan bahawa ketiga-tiga masjid tersebut ditutup buat sementara waktu kepada pelancong bukan Islam susulan kebimbangan terhadap pandemik koronavirus.[164] Perdana Menteri Mahathir Mohamad memberitahu bahawa kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan menyekat pelancong dari melawat masjid-masjid tersebut dan menyatakan tidak setuju dengan langkah tersebut.[165] Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohammadin Ketapi juga menyatakan tidak setuju terhadap langkah itu. Beliau bekerjasama dengan pihaknya untuk menulis surat kepada pihak masjid agar tidak menyekat pelancong mengadakan lawatan.[166] Pada 29 Januari, ketiga-tiga masjid itu kemudiannya dibuka semula untuk pelancong bukan Islam untuk melawat.[167]

Kesilapan diagnosis virus

Pada 14 Februari 2020, selepas 145 penumpang kapal pesiaran Westerdam turun dari Sihanoukville, Kemboja. Kemudian, mereka menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk transit di Kuala Lumpur. Mereka merancang untuk menaiki penerbangan sewa khas yang ditempah Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia untuk membawa mereka pulang dari KLIA ke Amerika Syarikat.[168] Pada 15 Februari, seorang wanita Amerika berusia 83 tahun di kalangan penumpang didapati mengalami demam semasa pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan kemudian didapti positif terhadap ujian untuk virus. Selepas menerima berita itu, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen meminta Malaysia untuk menguji semula ujian. Keputusan selepas 2 kali ujian adalah positif juga. Kes ke-22 yang disahkan secara rasmi di Malaysia pada 15 Februari. Wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Manakala, suami wanita tersebut didapati negatif. Hun Sen sentiasa curiga dengan keputusan ujian dan juga mempersoalkannya dua kali di khalayak umum.[168]

Pada 21 Februari, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Wan Azizah Wan Ismail menegaskan dalam satu sidang akhbar bahawa dalam dua ujian terakhir, wanita AS yang disahkan tidak lagi mempunyai virus dalam badan beliau, tetapi masih ada simptom batuk dan perlu dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian dan rawatan.[168] Setelah menerima berita, Kementerian Kesihatan Kemboja mengecam Kementerian Kesihatan Malaysia kerana "salah diagnosis". Pada hari yang sama, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen menyatakan di Facebook bahawa keputusan ujian itu adil kepada semua penumpang di Kemboja dan mengkritik kelalaian pihak berkuasa Malaysia.[169] Pada 22 Februari, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa selepas kedua-dua ujian disahkan pada hari ke-15, keadaan wanita itu bertambah baik selepas 72 jam rawatan, dan dua lagi ujian dilakukan 24 jam sebelum menunjukkan tanda negatif.[170]

Rujukan

WikiPedia: Pandemik_COVID-19_di_Malaysia http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/halang-p... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-pert... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/koronavi... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pesta-ka... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ucapan-p... http://www.bernama.com/en/news.php?id=1809869