Plot Panggilan_Pulau_(filem_1954)

Cerita ini mengisahkan Zul (P. Ramlee) bercinta dengan Jelita (Normadiah) tetapi dihalang oleh abang Juita, Johan (Nordin Ahmad) sehingga suatu hari Zul telah dicaci oleh Johan bersama rakannya, Tuan Husin (Yusof Latiff). Akibat daripada itu, Zul membawa diri menjadi kelasi kapal. Di atas kapal Zulkifli berkenalan dengan Umar (S. Kadarisman) dan Ramlee (Ibrahim Pendek). Namun begitu, kehadirannya tidak disukai oleh Kaptennya seorang yang bengis (lakonan Omar Rojik), Musa (A. Rahim) dan Shukur (Salleh Kamil). Suatu hari, kapal mereka telah karam akibat ribut gelora, hanya 5 orang pelaut sahaja yang terselamat. Sehinggalah Zul dan rakan-rakannya terdampar di tepi pantai Pulau Kazambo dan berjumpa dengan Melati (Latifah Omar) anak kepada penghulu Pulau Kazambo (Daeng Idris) serta Kumbangga, ketua pemudanya (S. Shamsuddin). Zulkifli membuat keputusan untuk mencari harta karun di dalam sebuah gua di pulau tersebut. Mengikut kepercayaan penduduk di sana, gua tersebut dianggap berpuaka dan sesiapa yang pergi ke sana, nescaya akan menemui ajalnya kelak. Rombongan seramai 50 orang bersiap sedia untuk ke pergi ke gua tersebut. Setibanya disana, penduduk disitu membuat ritual selamat datang agar penunggu gua tidak mengapa-apakan mereka. Sebaliknya di dalam gua, Musa, rakannya dan Kumbangga ingin membelot dan merampas semua harta karun di situ. Tindakan mereka telah diperhatikan oleh Zulkifli. Maka berlakulah pergaduhan sehingga menyebabkan Ramlee terkorban akibat dari perbuatan Musa. Kumbangga pula membuat keputusan agar keadilan ditegakkan di dalam laut Pulau Kezambo di antara Zulkifli dan Musa. Ternyatalah, Zulkifli berada di pihak yang benar. Dia telah berjaya membunuh Musa. Kini tinggal seorang lagi rakannya masih hidup iaitu Shukur (Salleh Kamil), setelah dihadapkan kepada Penghulu, dia bertindak melarikan diri sehingga menyebabkan terkorban di dalam gaung. Keadaan di Pulau Kezambo kembali aman, ketika itulah Zulkifli ingin kembali semula ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan Jelita walaupun dalam masa yang sama, hatinya telah terpikat dengan Melati.

Sementara di Pulau Pinang, Johan telah diberkas oleh pihak polis akibat dakwaan dari Husin kerana gagal membuat sebarang pembayaran dari hutang peribadi. Rumahnya juga telah dirampas oleh Husin sehingga menyebabkan Jelita terpaksa beekahwin dengannya. Dari perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki. Namun begitu, Jelita masih menunggu kepulangan Zulkifli suatu hari nanti. Setelah tiba masa yang sesuai, Zulkifli berangkat dari Pulau Kezambo terus ke Pulau Pinang. Setibanya di rumah Jelita, baharulah Zulkifli mengetahui bahawa Jelita yang sering dipuja-puja kini menjadi milik Tuan Husin. Tetapi, dia menghormati keputusan Jelita dan berjanji tidak akan memisahkan mereka bertiga hanya kerana pegangan cintanya sahaja. Zulkifli membuat keputusan untuk membawa diri bersama-sama dengan adiknya (lakonan Rahman Rahmat) ke Pulau Kezambo. Di dalam perjalanan tersebut, Zulkifli terserempak dengan Johan di atas kapal yang sedang bekerja sebagai pekerja am. Kerana malu dengan Zulkifli, Johan tidak mengambil walau satu sen darinya. Setibanya di Pulau Kezambo, Zulkifli yang segak bergaya bersama adiknya membawa sebuah bot mewah untuk diraikan oleh para penduduk pulau tersebut. Dia terus memeluk Melati dan terus mendiami di Pulau Kezambo buat selama-lamanya.

Ulasan Plot

Plot ini mengambar pergolakan ideologi dan nilai dalam masyarakat Melayu yang dipengaruhi gejala ideologi komunisme dan sosialisme di mana pertembungan kelas bawahan iaitu kelas pekerja/buruh dan kelas majikan sama ada tuan tanah, orang bangsawan feudal atau kapitalis. Oleh kerana masyarakat Melayu belum mempunyai kaum kapitalis yang jelas, pertembungan kelas tuan tanah dan feudalisma menjadi isu. Seperti mana filem berikutnya iaitu Antara Dua Darjat, Penarik Becha dan Bujang Lapok.