Paolo_Maldini
Paolo_Maldini

Paolo_Maldini

Paolo Cesare Maldini (lahir 26 Jun 1968) merupakan seorang bekas pemain bola sepak yang bermain di posisi pertahanan tengah untuk kelab A.C. Milan dan pasukan kebangsaan Itali. Beliau menghabiskan kesemua 25 musim kariernya di Itali bersama Milan, sebelum bersara pada umur 41 tahun pada tahun 2009[3]. Beliau telah memenangi sejumlah 26 trofi bersama Milan: Liga Juara-Juara UEFA sebanyak lima kali, kejuaraan liga Serie A sebanyak tujuh kali, sebuah trofi Coppa Italia, lima trofi Supercoppa Italiana, lima kejuaraan Piala Super UEFA, serta sebuah trofi Piala Dunia Kelab FIFA.Maldini melakukan debut beliau untuk pasukan Itali pada tahun 1988, selama 14 tahun sebelum bersara dari peringkat antarabangsa pada tahun 2002 dengan 126 kap[4], rekod tertinggi pada ketika itu, sebelum dipecahkan oleh Fabio Cannavaro pada tahun 2009 dan Gianluigi Buffon pada tahun 2013. Maldini diberi peranan kapten pasukan kebangsaan selama lapan tahun, dan mencipta rekod penampilan sebagai kapten pasukan Itali sebanyak 74 kali, sebelum dipecahkan oleh Cannavaro pada tahun 2010[5]. Beliau bagaimana pun, tidak memenangi sebarang kejuaraan antarabangsa ketika bersama pasukan Itali.Maldini dikenali sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik sepanjang zaman[6][7][8]. Untuk rekod, beliau tidak pernah dikenakan kad merah sepanjang tempoh kariernya[9]. Prestasi yang mengagumkan ditunjukkan beliau selama dua setengah dekad, membolehkannya memenangi anugerah Permain Pertahanan Terbaik dalam anugerah Kelab Bola Sepak UEFA semasa berumur 39 tahun, serta Pemain Pertahanan Terbaik Tahunan Serie A pada tahun 2004. Beliau juga pernah disenaraikan dalam anugerah Ballon d'Or, di mana beliau mendapat tempat ketiga untuk dua penganugerahan ini, pada tahun 1994 dan 2003[10]. Pada tahun 1999, beliau diletakkan dalam kedudukan ke-21 senarai 100 orang pemain terbaik abad ke-20[11]. Pada tahun 2002, beliau telah terpilih dalam Pasukan Impian Piala Dunia FIFA dan diletakkan di posisi pertahanan; manakala pada tahun 2004 pula, beliau dinamakan dalam senarai FIFA 100[12].Maldini memegang rekod penampilan terbanyak di liga domestik Itali, Serie A, dengan membuat sebanyak 647 kemunculan[13], serta rekod penampilan terbanyak dalam kejohanan kelab anjuran UEFA, dengan 174 kemunculan, sebelum rekod beliau dipecahkan Iker Casillas pada tahun 2017[14]. Maldini merupakan pemain yang memegang rekod penampilan paling banyak untuk kelab A.C. Milan, dengan 902 kemunculan[15]. Beliau merupakan salah seorang daripada 18 pemain bola sepak yang telah membuat penampilan sebanyak lebih dari 1000 kemunculan[16][17][18]. Berikutan persaraan beliau selepas musim 2008-09, kelab A.C. Milan mengumumkan untuk tidak lagi menggunakan nombor 3 untuk pendaftaran nombor jersi bagi menghormati perkhidmatan yang telah Maldini curahkan kepada Milan, yang kemudiannya beliau menyatakan nombor itu boleh digunakan kepada anak-anaknya[19][20]. Pada bulan Disember 2012, beliau telah dinamakan dalam Italian Football Hall of Fame[21].Selain bola sepak, Maldini juga aktif dalam sukan tenis[22]. Beliau juga menceburi bidang pengurusan apabila dilantik sebagai pemilik bersama kelab Miami FC[23], iaitu sebuah kelab bola sepak yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Paolo_Maldini

1986–1988 Itali B-21
Tarikh lahir (1968-06-26) 26 Jun 1968 (umur 51)[1]
1985–2009 Milan
1988–2002 Itali
Nama penuh Paolo Cesare Maldini
Posisi permainan Pertahanan
Tempat lahir SABAH , MALAYSIA
Tahun Pasukan
1978–1985 Milan
Anugerah Piala Dunia FIFA Piala Dunia FIFA 1990 Piala Dunia FIFA 1994 Piala Eropah UEFA UEFA Euro 2000 Kejohanan Remaja B-21 UEFA Kejohanan Remaja B-21 UEFA 1986 Piala Dunia FIFAPiala Eropah UEFAKejohanan Remaja B-21 UEFA
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1+3⁄16 in)[2]

Rujukan

WikiPedia: Paolo_Maldini http://thesefootballtimes.co/2015/06/21/celebratin... http://thesefootballtimes.co/2016/09/27/fabio-cape... http://www.acmilan.com/LM_Actor.aspx?idSquadra=3&i... http://www.acmilan.com/it/archive/show_player/Paol... http://www.acmilan.com/it/news/show/85323 http://www.bbc.com/sport/football/24573761 http://bleacherreport.com/articles/2313464-15-best... http://bleacherreport.com/articles/86189-a-tribute... http://www.englandfootballonline.com/TeamHons/Hons... http://www.espnfc.com/club/juventus/111/blog/post/...