Keterangan Papilio_polytes

Betina, rupa RomulusPerbandingan dengan spesies yang serupa wajah: A. pandiyana, A. aristolochiae, P. polytes dan P. helenus

Kupu-kupu hitam berkliat dengan barisan tompok putih di sepanjang bahagian tengah kepak belakang. 90–100 mm. Yang jantan lazimnya tetapi tidak semestinya lebih kecil daripada yang betina. Kedua-dua jantan dan semua rupa betina P. polytes berbeza-beza saiz mengikut iklim setempat.

Jantan

Yang jantan cuma satu morf, iaitu berekor layang-layang dan berwarna hitam. Pada atas kepak depan terdapat serantaian tompok putih yang semakin mengecil hingga ke apeks. Bahgian atas kepak belakang pula mempunyai jalur cakera tompok putih. Adakalanya terdapat bentuk sabit merah yang halus.

Betina

P. polytes betina adalah berpolimorfisme. Di Asia Selatan, ia terdiri daripada tiga rupa atau morf, iaitu:

Cyrus

Rupa ini serupa dengan jantan, cuma bezanya sentiasa terdapat bentuk sabit merah yang ketara. Ini merupakan yang paling jarang ditemui daripada ketiga-tiga rupa. Ia lazimnya terdapat di mana tiadanya Pachliopta aristolochiae atau Pachliopta hector, seperti di Himachal Pradesh berdekatan Shimla; namun beberapa contoh rupa romulus turut ditemui di tempat yang sama. (Rujuk imej taxobox.)

Stichius

Rupa ini amat mirip memimik Pachliopta aristolochiae, dan inilah rupa yang paling banyak ditemui di mana saja adanya P. aristolochiae.

Romulus

Rupa ini memimik Pachliopta hector dan banyak terdapat dalam kawasan P. hector. Ia tidak begitu mirip kerana warnanya agak kusam berbanding modelnya, P. hector. Adalah senang untuk membezakan mimik dan model berdasarkan warna tubuhnya; model berjasad merah dan mimik pula berjasad hitam.

  • Cyrus
  • Stichius
  • Romulus
  • Pengawanan

Ginandromorf

Spesies ini mempunyai banyak kebolehubahan genetik dan dikenali kerana menghasilkan ginandromorf, iaitu penyimpangan genetik yang separa jantan separa betina.