Fisiologi Paramesium

Sel menyerupai prolate spheroid,[1] bulat di hadapan dan runcing di belakang. Pellicle adalah kaku tetapi selaput lentur memberikan Paramecium bentuk khususnya. Menyelitupi bahagian luarannya adalah struktur seperti rerambut, dikenali sebagai silia. Pada bahagian sisi, bermula di hadapan dan berterusan separuh jalan, adalah liang oral, yang mengumpulkan makanan sehingga ia di sapu masuk ke mulut sel. Terdapat bukaan pada bahagian belakang yang dikenali sebagai liang dubur ("anal pore"). Vakuol contractile dan salurannya yang tersebar, dirujuk sebelumnya sebagai pengosmokawalaturan organisma, juga terdapat di luar Paramesium. Paramesium biasanya dikelirukan dengan Blepharisma.

Paramecium mengandungi sitoplasma, trichocyst, tekak, vakuol makanan, makronukleus, dan mikronukleus. Ia juga memiliki vakuol mengecut yang menyingkirkan air agar sel tidak pecah kerana air yang berlebihan yang bebas memasuki selaput disebabkan oleh sifat separa telap selaput.