Pergerakan Paramesium

Silia merupakan struktur pergerakan lokomotif Paramecium. Agar Paramecium boleh bergerak ke hadapan, silianya bergerak menurut rentak pada sudut 120 darjah, ke belakang secara serentak (iaitu, cilium mengeliat dari hujung ke pangkal). Ini bererti bahawa Paramecium bergerak dengan sulur melalui air di paksi yang maya. Paramecium juga boleh bergerak ke belakang apabila silia mengepuk ke hadapan pada sudut dengan serentak.

Sekiranya Paramecium melanggar halangan ia mengundur, belok sedikit dan bergerak ke hadapan lagi. Jika ia kembali melanggar objek pepejal sekali lagi, ia akan mengulangi proses ini sehingga ia melepasi objek tersebut.