Etimologi Parameswara

Nama "Parameshwara" dalam bahasa Sanskrit "Parameśvara" ertinya Tuhan Yang Maha Esa. Dalam bahasa Hindi ialah ईश्वर (sebutan: īśvára). Ia merujuk kepada dewa tunggal dalam tauhid. Perkataan "Param" yang bermaksud tertinggi ditambah kepada Ishvara memperhebatkan gelaran Tuhan. Parameśvara juga merupakan salah satu daripada nama-nama Tuhan Shiva.

Terdapat hanya satu rekod yang memberikan gambaran terperinci menceritakan tentang kerajaan di Singapura dan Melaka iaitu Sejarah Melayu yang pada masa itu dikenali sebagai Sulalatus Salatin ditulis lebih kurang pada tahun 1306. Sejarah Melayu kemudiannya disusun semula oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612.

Satu lagi rekod penting ialah buku Suma Oriental yang ditulis lebih kurang pada tahun 1512 hingga 1515 oleh Tomé Pires (1465?–1524 or 1540) sejurus selepas pihak Portugis menakluki Melaka pada 1511.