Nota Parameswara

  1. Dalam bukunya berjudul The Malay Sultanate of Malacca, Profesor Dato Muhammad Yusoff Hashim daripada Universiti Malaya berkata bahawa terdapat beberapa masalah jika salasilah sultan-sultan Melaka dirumuskan dengan menggunakan Sejarah Melayu sahaja sebagai sumber. Ini kerana kandungan salinan-salinan Sejarah berlainan satu sama lain. Muhammad Yusoff juga memetik kerja Profesor Wang Gungwu dari China yang menyemak salasilah dengan menggunakan sebanyak sumber yang mungkin, terutamanya sumber-sumber China sezaman, untuk membuat semakan. Kerja Wang juga disokong oleh perjumpaan sebuah naskhah Sejarah oleh Profesor Roolvink daripada Universiti Leiden dalam tahun 1970. Muhammad Yusoff mengkhususkan enam daripada 13 bab dalam bukunya untuk membincangkan masalah salasilah dan sumber-sumber sejarah awal Melaka, terutama sekali Sejarah Melayu.