Etimologi Paria

Paraiyar

Robert Caldwell meneka bahawa nama Paraiyar atau Paraiyan tersebut berasal dari perkataan Tamil Parai (gendang) kerana beberapa ahli masyarakat tersebut bertugas sebagai pemain dram di majlis perkahwinan, pengkebumian, pesta kampung, dan pada masa pengistiharan oleh pihak kerajaan atau perdagangan. Manakala berikutnya, pada tahun 1891 Laporan Banci Madras, ianya dicatatkan bahawa "hanya satu bahagian Paraiyars yang bertindak sebagai pemain gendang, ia juga bukan pekerjaan yang terhad kepada Paraiyars. Ianya kelihatan amat tidak mungkin bagi sesebuah masyarakat pada satu masa amat berkuasa, akan mengambil nama dari pekerjaan sekali-sekala, yang kadang kala dikongsikan dengan kasta yang lain. " laporan banci melapurkan lebih lanjut lagi bahawa perkataan tersebut tidak diketahui dalam penulisan silam seperti kamus Tamil Divakaram abad ke-11 AD. Dakwaan ini sekurang-kurangnya sebahagiannya disangkal oleh laporan banci penduduk bagi tahun 1901, yang merujuk kepada tulisan daripada Raja-raja Chola sekitar abad kesebelas di mana kasta Paraiyar dipanggil dengan namanya itu. Robert Caldwell, missionari Kristian mengaitkan perkataan parya dengan sekumpulan penduduk pemain drum (Parai) di Tamil Nadu untuk menjatuhkan imej agama Hindu. Parya dan pariah (pemain drum) tiada kaitan.

Gustav Salomon Oppert merupakan seorang lagi yang berfikir bahawa asal perkataan bagi Parai tidak mungkin. Beliau berhujah bahawa ia adalah "asas yang lemah" dan bahawa nama tersebut adalah "paling mungkin difikirkan kemudian, lebih mudah dijelaskan kerana kelas bawahan gembira dengan keriuhan dram, dan nama kelas pemukul gendang telah dipindahkan ke peralatan yang mana golongan paria mengumumkan kehadirannya. " Dia fikir bahawa nama tersebut sebagai "berkait rapat" dengan nama-nama masyarakat lain seperti Paravar , Paradas , Bhar dan Mhar