Paria

Paria atau Parya atau Anarya ialah terminologi yang digunakan kepada orang bukan Hindu atau yang terkeluar daripada dharma Hindu ataupun yang dibuang daripada sistem Varna agama Hindu. Paria juga dikenali sebagai dalit di sebahagian India. Sama seperti dalam Islam, orang Islam ialah Muslim dan bukan Islam ialah Kafir. Manakala dalam Kristian, orang Christian dan bukan Kristian ialah infidel. Orang Hindu dikenali orang Arya dan bukan Hindu ialah Anarya atau Parya (Pariah / Dalit) atau Mleccha. Maka perkataan paria bukanlah merujuk kasta atau varna. Sebaliknya pariah lebih dikenali avarna atau diluar agama Hindu. Dalam erti kata lain, pariah ialah bukan Hindu atau yang murtad Hindu. Seseorang juga boleh jatuh tahap Pariah sekiranya melanggar peraturan asas utama agama Hindu. Contohnya memakan daging lembu, murtad / tukar agama atau tidak mengikuti atau tidak menghormati kesemua dharma asas Hindu.
Maksud Sebenar Parya (pariah) boleh diringkaskan seperti berikut. 1.Orang yang memakan daging lembu, sebab ia melanggar syariat asas agama Hindu. 2.Orang yang murtad daripada agama Hindu sebab menolak akidah Hindu (kepercayaan kepada Brahman / Tuhan, Kitab Hindu, Ritual Hindu dsb).3.Orang yang lahir Hindu tetapi tidak mengamalkan agama Hindu atas dasar tidak percaya Brahman. 4.Orang yang daripada keturunan orang Hindu yang murtad daripada agama Hindu. 5.Orang bukan Hindu. 6.Orang yang dihukum kerana tidak mengikut norma hidup dan peraturan setempat, contoh pesalah yang dijatuhkan hukum dan dibuang tempat.dll
Perkataan pariah ini sering disalah tafsir kepada kasta. Perkataan kasta tidak wujud dalam mana-mana kitab Hindu.Paria' atau Paraiyar ialah satu kumpulan sosial (kasta) di India kuno, yang tarafnya rendah dan tidak diakui keadaannya. Paria mengalami diskriminasi dan penderitaan yang sangat teruk pada masa itu. Mereka dibiarkan hidup sendirian ditempat mereka tanpa mengganggu kehidupan orang lain. Manakala dalam agama lain, golongan kafir juga dikenakan peraturan ketat seperti jizyah pada masa dahulu. Namun pada masa ini hak asasi manusia mereka sudah diakui banyak negara termasuk India, maka daripada itu perbezaan kasta sudah beransur-ansur hilang.Pada zaman sebelum penjajahan Arab dan Mughal jumlah penduduk pariah / dalit ini kurang daripada 1% tetapi semasa penjajahan Islam, golongan ini meningkat secara mendadak dan pada masa penjajahan barat, ia meningkat kepada lebih 14% daripada populasi India. Bancian India bagi tahun 2001 melaporkan bahawa di Tamil Nadu populasi Adi Dravida adalah sekitar 5,402,755 dan populasi Paraiyar adalah sekitar 1,860,519.[1]Konsep pariah diajar dalam kitab perundangan (agama) Hindu Manu Smirthi. [2] Antara lain ia mencadangkan mereka dari kasta rendah dikasi sekiranya berani berpasangan dengan wanita Hindu kasta tinggi.Paria atau Pariah juga merupakan kumpulan kasta di Tamil Nadu dan Kerala. Di Tamil Nadu bagaimanapun mereka telah dipecahkan di bawah tiga kasta yang dikenali sebagai Paraiyan, Samban dan Adi Dravida, mereka secara umumnya dikenali sebagai Paraiyar. Di utara Tamil Nadu mereka dikenali sebagai Paraiyar, dia selatan Tamil Nadu mereka dikenali sebagai Samban. Paraiyan dan samban juga dikenali sebagai Adi Dravida.Bancian India bagi tahun 2001 melaporkan bahawa di Tamil Nadu populasi Adi Dravida adalah sekitar 5,402,755 dan populasi Paraiyar adalah sekitar 1,860,519.[1]