Pendidikan Park_Ridge,_Illinois

Sekolah Tinggi Timur Maine telah wujud serta berada di antara Jalan Dempster dan Jalan Potter sejak tahun 1929.

Park Ridge berada di bawah perkhidmatan Daerah Sekolah Park Ridge-Niles 64, yang berpangkalan di ibu pejabatnya yang terletak di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Raymond E. Hendee di Park Ridge.[11] Sekolah menengah yang berada di kawasan tersebut termasuk Sekolah Menengah Lincoln dan Sekolah Menengah Emerson di Niles. Pada suatu ketika terdapat sembilan sekolah rendah awam K–6: Oakton, Madison, Edison, Merill, Carpenter, Field, Franklin, Roosevelt, serta Washington. Hanya lima nama yang disebut akhir kekal wujud hari ini, dan semuanya bertempat di Park Ridge. Sekolah Jefferson merupakan juga merupakan sebahagian daerah pendidikan tersebut dan menempatkan kanak-kanak khas pra-sekolah yang berumur 3 dan 4, perlanjutan program harian tadika, serta program selepas sekolah untuk gred K–6.[12]

St Paul of the Cross dan Mary Seat of Wisdom merupakan dua sekolah rendah Katolik di kawasan tersebut.[13] Manakala St. Andrews adalah sebuah sekolah rendah Lutheran.

Bandar tersebut terletak di bawah perkhidmatan Daerah Pendidikan Sekolah Tinggi 207 Pekan Maine, yang termasuk Sekolah TInggi Maine Selatan, dan Sekolah Tinggi Maine Timur. Pelajar-pelajar yang tinggal di utara Park Ridge mempunyai pilihan menghadiri sama ada Maine Timur atau Maine Selatan.Sekolah Tinggi Maine Barat terletak di barat dalam kawasan Des Plaines. Sekolah Tinggi Maine Utara pula adalah sebuah sekolah yang terletak di pekan tidak berbadanan Maine dan merupakan sebahagian Daerah Pendidikan Sekolah Tinggi 207 Pekan Maine. Ia ditutup pada tahun 1981 akibat penyusutan pelajar dari pekan Maine.

Bandar ini merupakan sebahagian daripada daerah Kolej Komuniti Oakton.

Olahraga

Park Ridge adalah tuan rumah kepada Park Ridge Falcons, juara kebangsaan Pop Warner Football Tomlin Division Pee Wee 2002.

Park Ridge adalah tuan rumah kepada tiga juara kejohanan American Youth Football (2006, 2007, 2009) dan satu juara kejohaan American Youth Cheerleading (2007).

Maine South Hawks adalah juara negeri dalam acara Football pada tahun 1995, 2000, 2008, 2009, 2010 dan 2016.

Rujukan

WikiPedia: Park_Ridge,_Illinois http://www.advocatehealth.com/luth/ http://tommymack-teamac.blogspot.com/2011/03/requi... http://www.dailypress.com/topic/mmx-0129movie_scen... http://www.imdb.com/title/tt0080455/locations http://www.movie-locations.com/movies/b/bluesbros.... http://factfinder.census.gov/bkmk/table/1.0/en/DEC... http://factfinder.census.gov/servlet/ACSSAFFFacts?... http://factfinder2.census.gov http://factfinder2.census.gov/bkmk/table/1.0/en/DE... http://quickfacts.census.gov/qfd/states/17/1757875...