Park_Ridge,_Illinois
Park_Ridge,_Illinois

Park_Ridge,_Illinois

Park Ridge adalah sebuah bandar di Cook County, Illinois, Amerika Syarikat, dan merupakan kawasan pinggir bandar Chicago . Penduduknya berjumlah 37,480 pada tahun mengikut bancian 2010.[1] Ia terletak 15 batu (24 km) barat laut dari pusat bandaraya Chicago. Bandar ini terletak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, lebuh-lebuh raya utama, serta pengangkutan keretapi. Ia adalah sebahagian daripada kawasan metropolitan Chicago, dan bersempadan dengan tiga kawasan perumahan barat laut Far North Side bandaraya Chicago (Edison Park, Norwood Park, dan O'hare.)Seperti yang ditunjukkan pada namanya, Park Ridge terletak di atas sebuah rabung (ridge). Tanah rabung mengandungi banyak deposit tanah liat, oleh demikian kawasan ini merupakan lokasi utama pembuatan batu-bata semasa pembangunan bandaraya Chicago. Park Ridge asalnya bernama Pennyville, ia bagi menghormati George Penny, seorang ahli perniagaan yang memiliki kilang bata tempatan bersama-sama dengan Robert Meacham. Ia kemudian diberi nama Brickton.[2] Sungai Des Plaines membahagikan Park Ridge daripada bandar terdekatnya, Des Plaines, Illinois yang tertempat di barat Park Ridge. Chicago berada di selatan dan timur Park Ridge, manakala Niles dan pekan tidak diberbadankan Maine terletak di utaranya.[3]

Park_Ridge,_Illinois

• Anggaran (2016) 37,496
• Darat 7.09 batu persegi (18.35 km2)
• Kepadatan 5,291.56/batu persegi (2,042.95/km2)
County Cook
Kod Kawasan 847, 224
• Bajet $47,684,900 (2004-2005) (tahun fiskal: 2006-07)
Diperbadankan 1873
• Air 0.05 batu persegi (0.12 km2)  0.56%
kod ZIP
60068
Negeri Illinois
Pekan Maine
• Datuk Bandar Marty Maloney
Laman web www.parkridge.us
Negara Amerika Syarikat
Demonym(s) Park Ridger
• Jenis Council-manager
• Jumlah 37,480
kod FIPS 17-57875

Rujukan

WikiPedia: Park_Ridge,_Illinois http://www.advocatehealth.com/luth/ http://tommymack-teamac.blogspot.com/2011/03/requi... http://www.dailypress.com/topic/mmx-0129movie_scen... http://www.imdb.com/title/tt0080455/locations http://www.movie-locations.com/movies/b/bluesbros.... http://factfinder.census.gov/bkmk/table/1.0/en/DEC... http://factfinder.census.gov/servlet/ACSSAFFFacts?... http://factfinder2.census.gov http://factfinder2.census.gov/bkmk/table/1.0/en/DE... http://quickfacts.census.gov/qfd/states/17/1757875...