Parkour

Parkour (kadang-kadang disingkatkan kepada PK) atau l'art du déplacement [1] (Melayu: seni pergerakan badan) merupakan aktiviti yang berasal daripada orang Perancis, bertujuan bergerak dari tempat A kepada tempat B dengan secepat dan sepantas mungkin, dengan menggunakan kebolehan badan manusia.[2] Aktiviti ini dilakukan dalam membantu seseorang yang sedang menghadapi kesulitan atau halangan, dimana ia boleh jadi apa saja yang melibatkan persekitaran — dari dahan-dahan dan batu-batu, palang dan dinding konkrit; dan ia boleh berlatih di kawasan luar bandar ataupun bandar. Lelaki yang mempraktikkan parkour dikenali sebagai traceur dan untuk perempuan pula dikenali sebagai traceuse.[3]David Belle merupakan orang yang memulakan dan menemui seni fizikal ini, parkour tertumpu kepada latihan untuk bergerak dengan pantas untuk membina badan dan minda individu agar boleh menghadapi halangan semasa kecemasan. Ia juga adalah satu bentuk hiburan atau hobi masa lapang.