Tel: 082-311180
Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
MalaysiaParti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) ditubuhkan pada 9 November 2002 merupakan parti serpihan
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) kerana disebabkan oleh perbalahan pucuk pimpinan dalam
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah melahirkan parti yang dipimpim oleh Presiden SPDP iaitu Dato' Sri
William Mawan Ikom atas nasihat ketua menteri Sarawak.Pada 2002,
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah sekali lagi bergelumang dalam kekalutan kepimpinan apabila presidennya Datuk Amar
James Wong Kim Min memecat bendaharinya yang juga ahli parlimen
Bintulu,
Tiong King Sing pada bulan April atas sebab disiplin dan mencetuskan krisis kepimpinan dan perpecahan parti berbelah dua puak, satu diterajui oleh presiden James Wong disokongi timbalannya
Peter Tinggom[1], dan satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Datuk
William Mawan Ikom. Krisis perpecahan SNAP ini telah menyebabkan SNAP sebagai parti tertua negeri Sarawak yang telah berusia 41 tahun telah disytiharkan pendaftarannya dibatalkan pada 5 November 2002 oleh
Pendaftar Pertubuhan (ROS). SNAP telah merayu semula kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 September 2006 yang mengekalkan keputusan ROS pada 5 November 2002 membatalkan pendaftaran SNAP, dan berjaya mendapat kelepasan Mahkamah Rayuan untuk beroperasi seperti biasa dengan menangguhkan penguatkuasaan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu sementara prosedur rayuan perundangan berjalan.
[2]Datuk Sri
William Mawan Ikom telah menubuhkan
Parti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP), yang merupakan satu parti serpihan baru
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan didaftarkan serta diluluskan pendaftarannya oleh ROS pada 9 November 2002, 4 hari kemudian selepas SNAP dibatalkan pendaftarannya
[3][4] dan terus menyertai
Barisan Nasional.