Sejarah Parti_Ennahda

Mulanya dikenali sebagai 'Tindakan Islam', parti itu menukar namanya kepada 'Pergerakan Kecenderungan Islam', dan pada 1989 kepada 'Hizb al-Nahda'. Parti itu dianggap sebagai sealiran dengan Revolusi Iran dan awalnya cenderung kepada Ikhwan Muslimin di Mesir .Parti ini menyokong rampasan kedutaan Amerika Syarikat 1989 di Tehran kerana menjadi pusat pengintip.Pada 1984 menurut wartawan Robin Wright,parti ini cenderung kepada Islam dan "pembangkang tunggal yang paling mengancam di Tunis. Ia adalah fundamentalis ,akan menutup kampus atau memulakan demonstrasi " Ahlinya pernah dituduh bertanggungjawab ke atas pengeboman beberapa hotel pelancong pada tahun 1980-an.

Secara tradisinya parti ini dipengaruhi oleh pemikiran Sayyid Qutb dan Maududi tetapi dilabel "Islam sederhana" di tahun 1980-an apabila ia menganjurkan demokrasi dan mengiktiraf pluralisme politik dan "dialog" dengan Barat. Pemimpinnya , ulama Rashid Al- Ghannushi , mempunyai sejarah keganasan di mahkamah. Kerajaan menuduhnya menubuhkan parti politik yang tidak dibenarkan. Dia dituduh menyokong bentuk demokrasi multi-parti yang menawarkan sekurang-kurangnya kebebasan untuk parti .

Dalam Pilihan raya Tunisia 1989, parti Nahda diharamkan bertanding.Namun ahlinya bertanding sebagai calon bebas, dan menerima antara 10% dan 17% undi.Pada 1991, Presiden Ben Ali menentang Nahda dan mnahan 25,000 aktivis . Militan Nahda menyerang ibu pejabat parti pemerintah, membunuh satu orang dan menyimbah asid di muka beberapa orang yang lain.

Akhbar parti ,Al Nahda Al-Fajr diharamkan di Tunisia dan editornya Hamadi Jebali dihukum penjara 16 tahun pada tahun 1992. Dia dituduh menjadi ahli parti haram dan "merobah ciri-ciri kerajaan". Stesen televisyen bahasa Arab, El Zeitouna dipercayai memihak kepada Al Nahda.Sejak 1980-an dan awal 1990-an parti itu teruk ditindas dan hampir 'pupus' .Puluhan ribu pemimpin Islamis dipenjarakan atau dibuang negeri.