Sejarah Parti_Kebebasan_dan_Keadilan

Ikhwanul Muslimun mengumumkan pada 21 Februari 2011, selepas revolusi Mesir 2011, yang ia berhasrat menubuhkan Parti Kebebasan dan Keadilan, yang akan dipimpin Saad Al-Katatny.[12][13]

Seterusnya parti ini diasaskan secara rasmi pada 30 April 2011, lalu mengumumkan yang ia akan bertanding dalam hampir separuh kerusi pada pilihan raya parlimen yang mendatang. Badan perundangan Ikhwan melantik Mohammed Mursi sebagai presiden Parti Kebebasan dan Keadilan, Essam el-Erian sebagai naib presiden, dan Saad Al-Katatny sebagai setiausaha agung.[3][14] Ketiga-tiga mereka merupakan mantan anggota Maktab al-Irshad, badan tertinggi dalam Ikhwanul Muslimun Mesir.[10]

Parti ini dijangka memenangi sebahagian besar kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya 2011 – i.e., hampit separuh kerusi parlimen – kerana tiada parti lain yang "memiliki apa-apa yang menghampiri tahap rangkaian penyokong" yang dimilikinya. Tambahan pula, Ikhwan juga bekerjasama dengan calon bebas dan berjanji memberi sokongan.[10]

Akhirnya ia membentuk Perikatan Demokratik Mesir bersama-sama dengan 10 parti lain dan memenangi 235 daripada sejumlah 498 kerusi, atau 47%.[15][11]

Kemudian dalam pilihan raya presiden 2012, Mohammed Mursi menjadi Presiden Mesir selepas memenangi pusingan kedua.