Parti_Pembangunan_Bangsa_(Brunei)

Parti Pembangunan Bangsa (Tulisan jawi: فرتي فمباغونن بغسا , Bahasa Inggeris: National Development Party) atau NDP adalah sebuah parti politik di Brunei. Meskipun sah didaftarkan sebagai parti politik di Brunei, ia tidak dapat memperoleh perwakilan di dewan kerana pilihan raya belum diadakan di Brunei sejak tahun 1962. Parti ini ditubuhkan secara rasmi pada 31 Ogos 2005[1] oleh bekas pemberontak yang juga merupakan bekas pemimpin Parti Rakyat Brunei yang telah diharamkan, Muhammad Yassin Affandi[2]. NDP merupakan parti politik tunggal yang beroperasi secara sah di Brunei ketika ini. NDP merupakan anggota Persidangan Pendukung Monarki Antarabangsa[3].

Parti_Pembangunan_Bangsa_(Brunei)

Diasaskan 31 Ogos 2005
Nama Bahasa Inggeris National Development Party
Nama Tulisan Cina 文莱国家发展党 Wénlái guójiā fāzhǎn dǎng
Ideologi Royalism
Media Rasmi Aspirasi Aspiration
Penggabungan antarabangsa Persidangan Pendukung Monarki Antarabangsa
Sayap Wanita Himpunan Wanita
Ketua Himpunan Non-Muslim Mantar bin Perayam
Agama Islam
Ibu pejabat Simpang 323 Jerudong, Sengkurong, Brunei-Muara
Ketua Himpunan Pemuda Sofian bin Taha
Pengasas Muhammad Yassin Affandi
Ketua Himpunan Wanita Sherpor Aiffah binti Abdul Ghapor Sherbini
Sayap belia Himpunan Pemuda
Radio Rasmi Rumpun Suara
Nama Tulisan Jawi فرتي فمباغونن بغسا
Setiausaha Agung Ahmad Bin Hj Timpus
Nama Tulisan Tamil புரூனி தேசிய மேம்பாட்டுக் கட்சி Purūṉi tēciya mēmpāṭṭuk kaṭci
Pemangku Presiden Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Talib