Kategori Pasangan_berlingkar

Piawai EIA/TIA 568 menetapkan spesifikasi kabel twisted pair dalam penyambungan rangkaian komputer. EIA/TIA menggunakan istilah kategori (Cat) untuk membezakan beberapa jenis kabel twisted pair. Jenis-jenis twisted pair yang wujud pada masa ini adalah:

Kategori (Cat)Penerangan
1Biasanya digunakan untuk menghantar suara pada sambungan telefon dan bukan untuk penghantaran data.
2Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 4 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang wayar.
3Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 10 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang wayar dengan 3 pintal bagi setiap 12".
4Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 16 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang wayar.
5Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 100 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang wayar.
6Digunakan untuk penghantaran data pada kelajuan 1000 Mbps. Ia mengandungi 4 pasang wayar.

Kabel twisted pair menggunakan penyambung telefon RJ45 untuk sambungan ke komputer (telefon menggunakan RJ11). Perumah RJ45 menyediakan penyambungan lapan kabel berbanding dengan RJ11 yang menyediakan hanya empat penyambungan kabel.