Pemasangan Pasangan_berlingkar

Twisted pair dipasang pada RJ45

Setiap pasang wayar didalam kabel twisted pair dikodkan dengan warna, salah satu wayar dalam pasangan mempunyai warna penuh iaitu biru, oren, hijau dan perang dan berpintal pada wayar pasangan masing-masing yang berlatarbelakangkan warna putih dengan jaluran warna yang sama.

Dua kod piawai digunakan dalam pemasangan wayar iaitu EIA/TIA 568A dan EIA/TIA 568B.

Terdapat dua jenis pemasangan kabel Twisted pair iaitu:

  1. Pemasangan Lurus (Straight-Through)
  2. Pemasangan Terbalik (Cross Over)

Pemasangan lurus

Pemasangan lurus biasanya digunakan untuk menghubungkan hab dengan komputer. Kabel pemasangan lurus mempunyai sambungan wayar kod warna yang sama di kedua hujung komputer dan hab.

Pemasangan terbalik

Pemasangan terbalik digunakan untuk komunikasi antara komputer dengan komputer.