Latihan Pasukan_Khas_Laut

Anggota penyelam gempur PASKAL dengan senjata khusus yang lebih moden.

Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.

Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.

Latihan Asas Kelayakan PASKAL :

1. Ujian Pemanasan / Ujian Kelayakan2. Kursus Asas Komando PASKAL ( meliputi Darat, Laut dan Hutan serta Paya)3. Penyelam Kapal & Penyelam Tempur Oksigen4. Asas Payung Terjun5. Tempur Jarak Dekat dan Tempur Tanpa Senjata.

Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :

1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)

PASKAL telah menghantar pegawai dan anggota untuk menjalani kursus khas dengan pasukan elit Special Air Service British, NGSLO, SEALs, Submarine Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team (Australia), Sniper Supervisor (Australia), Mountain Climbing (Perancis), ASASR Australia dan sebagainya. Pada 26 Ogos 1991, Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan bagi mempertahankan pelantar minyak dan kapal-kapal dan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.

Kepakaran / Kursus Khas

Pasukan elit PASKAL dengan senjata raifal HK416 buatan Jerman yang dilengkapi pejera Optik Taktikal CompM4 dan penyenyap bunyi sedang dalam perbarisan.Meliputi dalam negara 
  1. Ikhtiar Hidup/Misi
  2. Pertempuran khas
  3. Mencari dan Menyelamat
  4. Operasi dalam bangunan
  5. Pertempuran Bukan Konvensional
  6. Ketua Seksyen
  7. Ketua Platun
  8. Komander Komander
  9. Perubatan Tempur
  10. Tae Kwon Do (Tempur Tanpa Senjata)
  11. Tempur Jarak Dekat (CQC)
  12. Asas Penerjunan Bebas
  13. Teknik Abseiling dan Penyelamat Udara
  14. Pendakian Taktikal
  15. Rondaan Pengintipan Jarak Jauh
  16. Bahan Letupan
  17. Penembak Tepat
  18. Ketua Penyelam Gempur
  19. Pengendalian Bot Kecil
  20. Pengendalian Kenderaan Tempur Permukaan
  21. Jurulatih Penerjunan Bebas
  22. Jurulatih Penembak Tepat
  23. Jurulatih Pendakian Taktikal
  24. Perisikan Khas
  25. Pegawai Pasukan Data Khas
  26. Fotografi
  27. Pelbagai Bahasa

Rujukan

WikiPedia: Pasukan_Khas_Laut http://navypaskal.blogspot.com http://members.tripod.com/~gerak_khas/paskal.htm http://www.youtube.com/watch?v=-rf1ju4EMLk&feature... http://www.youtube.com/watch?v=KVKrq2-2eSU http://www.youtube.com/watch?v=eJz15OscXTk&feature... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0122&p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://pusmas.navy.mil.my/index.php/sejarah-tldm/h... http://www.navy.mil.my/