Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Taipei_Cina
Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Taipei_Cina

Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_Taipei_Cina

Pasukan bola sepak kebangsaan Taipei Cina atau Pasukan bola sepak kebangsaan Taiwan merupakan pasukan bola sepak yang mewakili negara Taipei Cina atau Taiwan di pentas bola sepak antarbangsa. Pasukan ini dikendalikan oleh Persatuan Bola Sepak Taipei Cina. Pasukan ini menggunakan nama Taipei Cina dalam FIFA.Pasukan Taipei Cina pernah menduduki tempat ketiga dalam Piala Asia pada 1960. Walau bagaimanapun, pemain yang bermain pada Piala Asia 1960 merupakan pemain yang berasal dari Hong Kong.Taipei Cina merupakan ahli gabungan OFC dari 1975 hingga 1989 kerana konflik politik dengan Republik Rakyat China.