Sejarah Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_bawah-23_Malaysia

Pasukan ini dianggap sebagai pasukan penyumbang kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Ia adalah bagi pemain-pemain berumur 23 dan kurang, walau bagaimanapun, 3 pemain senior juga boleh dipilih. Masih lagi wujud pasukan-pasukan untuk bawah-20, bawah-17 dan bawah-15. Selagi mereka layak, pemain-pemain boleh bermain pada mana-mana aras, oleh kerana itu, mungkin bagi seseorang untuk bermain bagi B-23, pihak senior dan kemudiannya B-23.

Sukan Olimpik Musim Panas 2000

Selepas Piala Dunia B-20 FIFA 1997, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarkan untuk layak ke Olimpik Sydney 2000. Seterusnya, FAM telah membelanjakan kira-kira US$6 juta dan menyambung kembali kontrak jurulatih remaja Malaysia, Hatem Souissi. Kemudian FAM telah membentuk satu skuad dikenali sebagai Olimpik 2000 dengan satu kombinasi skuad remaja 1997 dan pemain lain di bawah 23.

FAM telah memutuskan untuk memasukkan Olimpik 2000 sebagai salah satu daripada pasukan di dalam Liga Malaysia. Perlawanan pertama mereka menentang Johor FA di dalam perlawanan kelayakan untuk Liga Perdana I Malaysia. Pasukan tersebut telah memenangi perlawanan pertama 1-0 mereka sebelum seri 1-1 di gelanggang rumah untuk melayakkan diri ke dalam Liga Perdana I Malaysia. Walau bagaimanapun, pasukan itu terjerumus terbawah liga semasa musim 1998 dengan hanya 4 menang di dalam 22 perlawanan.[2]

Olimpik 2000 hanya menunjukkan prestasi buruk di dalam kelas antarabangsa. Mereka telah dimalukan oleh skuad Sukan Asia Thailand di dalam satu perlawanan persahabatan apabila pasukan Thailand mengalahkan mereka 9-0. Semasa perlawanan kelayakan Olimpik 2000, mereka hanya dapat menghabiskan di tangga ketiga di belakang Hong Kong dan Jepun. Ia boleh dipersoalkan di kalangan peminat bagaimana sebuah skuad yang telah bermain bersama-sama semenjak 1995 yang telah diberi pendedahan dan bakat tidak boleh menjayakan sasaran.

Rujukan

WikiPedia: Pasukan_bola_sepak_kebangsaan_bawah-23_Malaysia http://mnftfc.blogspot.com/2011/01/u23-malaysia-2-... http://www.fifa.com/en/mens/fixtures/index/0,3721,... http://www.fifa.com/en/mens/results/resultsdetails... http://www.fifa.com/en/organisation/confederations... http://www.harimaumuda.com/2011/01/malaysia-1-thai... http://www.rsssf.com/tablesm/malay97.html http://www.wsn.com/2009/12/17/football/news/asia/s... http://rdfc.com.ne.kr/int/jpn-u23-intres.html http://thestar.com.my/sports/story.asp?file=/2010/... http://www.fam.org.my