Patreon
Patreon

Patreon

Patreon [péi-tri-on] adalah suatu platform keahlian berpangkalan di Amerika Syarikat yang menyediakan kemudahan kepada para pengkarya untuk berkarya dengan bantuan kewangan diperolehi secara berlangganan (patronage) lalu mendapatkan pendapatan bulanan sambil memberikan ganjaran dan faedah eksklusif kepada pelanggan.[1] Ia lazimnya digunakan oleh penghasil kandungan media dalam talian termasuk juruvideo, pelukis komik sesawang, penulis, jurusiniar, pemuzik malah juga pengkarya yang khusus karya-karya tema dewasa yang barangkali tidak dapat didanai secara biasanya (seperti pengiklanan)[2][3] Ia membolehkan artis menerima pembiayaan terus dari peminat mereka, atau pelanggan, secara berulang atau setiap karya seni.Syarikat ini diasaskan Jack Conte, seorang pemuzik, dan Sam Yam,[4] seorang pembangun pada tahun 2013 di San Francisco.

Patreon

Diciptakan oleh
Pendaftaran Required
Status terkini Aktif
Jenis laman web Membership platform
Bil. pengguna 3 juta pengguna aktif
URL patreon.com
Terdapat dalam bahasa bahasa Inggeris
Dilancarkan pada Mei 2013; 7 tahun yang lalu (2013-05)