Tarikan Pedas

  • Kolam Air Panas merupakan air yang mendidih akibat dari pemanasan magma di dalam bumi. Banyak mengandungi kalium dan pelbagai bahan organik lain yang baik untuk kesihatan.
  • Taman Tema Air di Pedas Hot Spring, Water Park dibina pada 10.12.1998 dan mula dibuka kepada orang ramai sejak 1999. Terletak di Lot 603, Mukim Pedas, Rembau , Negeri Sembilan. Bayaran untuk dewasa ( 13 tahun ke atas ) RM10.00 dan kanak-kanak 3-12 tahun RM8.00
  • Landasan kereta api melintasi kawasan ladang sawit di sini. Sebuah jambatan lama untuk kereta api melintasi telah didirikan sejak tahun 1920 lagi.