Pehla_Nasha

Pehla Nasha ialah sebuah filem thriler komedi India 1993 dan arahan sulung Ashutosh Gowariker. Filem ini ialah sebuah pembikinan semula dari filem seram 1984 karya Brian de Palma Body Double. Deepak Tijori memainkan peranan utama bersama dengan Pooja Bhatt, Raveena Tandon dan Paresh Rawal. Ia juga menampilkan penampilan kameo dari Aamir Khan, Sudesh Berry, Rahul Roy, Shahrukh Khan, Juhi Chawla dan Saif Ali Khan sebagai diri mereka sendiri. Ini merupakan satu-satunya filem yang menampilkan Aamir dan Shahrukh dalam sebuah adegan bersamaan. Selepas dikeluarkan, filem tersebut meraih ulasan rendah dan gagal di pecah panggung.[1]