Perkapalan Pelabuhan_Hong_Kong

Terminal kontena di Hong Kong

Hong Kong ialah antara pelabuhan hab yang menghubungkan perdagangan di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur, dan menjadi pintu masuk ekonomi utama ke pedalaman China. Hong Kong telah memecah rekod pada 2007 dengan jumlah pengendalian kontena sebanyak 23.9 juta TEU, mengekalkan statusnya sebagai pelabuhan tebesar di selatan China dan antara pelabuhan tersibuk di dunia. Dalam 456,000 kapal berlabuh dan belayar keluar dari Hong Kong pada tahun itu, membawa kargo dengan jumlah berat 243 juta tan dan lebih kurang 25 juta penumpang.[1]. Purata masa pengendalian untuk kapal kontena di Hong Kong ialah 10 jam. Untuk kapal konvensional yang dikendalikan di tengah laut di boya atau tempat berlabuh luar pelabuhan, purata masa pengendalian ialah 42 dan 52 jam.

Trafik kontena

Pelabuhan ini pernah menjadi pelabuhan tersibuk di dunia untuk beberapa tahun, dari tahun 1987 hingga 1989, dari 1992 hingga 1997, dan dari 1992 hingga 2004[2], sebelum kedudukannya diambil alih oleh pelabuhan Singapura semenjak tahun 2005. Pada suku pertama 2007, pelabuhan Singapura pula diatasi buat pertama kalinya oleh pelabuhan Shanghai.[3]

Terminal kontena

Terdapat sembilan terminal kontena yang teletak di Kwai Chung, Stonecutters Island dan Tsing Yi (yang terakhir siap pada 2004). Operasi kontena yang lebih kecil juga dijalankan di terminal perdagangan sungai di Tuen Mun dan pengendalian di tengah laut.

Terminal kontena Kwai Tsing

Bangunan utama Hong Kong International Terminals Ltd

Terminal kontena Kwai Tsing (dikenali sebagai terminal kontena Kwai Chung sebelum terminal kontena 9 dibuka di pulau Tsing Yi), terletak di bahagian barat laut pelabuhan, mempunyai sembilan terminal kontena dengan 24 himpitan sepanjang 8,500 meter. Luas keseluruhan kawasan terminal ini ialah 2.7 km² termasuk laman kontena dan stesen muatan kontena. Kesemua sembilan terminal ini mempunyai jumlah kapasiti pengendalian melebihi 18 juta TEU, lebih kurang 60% daripada jumlah trafik kontena di Hong Kong.

Terminal-terminal ini dioperasikan oleh lima syarikat berikut:

Terminal kontena 10 (CT10) sedang dalam perancangan, dengan tapak cadangan samada di barat daya Tsing Yi atau barat laut pulau Lantau.

Terminal kontena
TerminalPengendaliDalam
(m)
HimpitanPanjang dermaga
(m)
Kren dermagaLuas
(m²)
Kapasiti
(kTEU)
Terminal 1 (CT1)MTL1414
Terminal 2 (CT2)MTL1415
Terminal 3 (CT3)DPI1413056167,000>1,200
Terminal 4 (CT4)HIT12.538
Terminal 5 (CT5)MTL1414
Terminal 6 (CT6)HIT12.5-15.5311
Terminal 7 (CT7)HIT15.5415
Terminal 8 East (CT8E)HIT/COSCO15.526409300,0001,800
Terminal 8 West (CT8W)ACT15.527408285,000>2,000
Terminal 9 North (CT9N)HIT15.527009190,000>2,600 (N&S)
Terminal 9 South (CT9S)MTL15.541,24013490,000